Wednesday, December 28, 2016

Program Ke Jepun Ke Kita (TV9)

Program Ke Jepun Ke Kita (TV9)

Tajuk : Ke Jepun Ke Kita
Mula Tayangan : 4 Ogos 2016
Masa : Setiap Selasa, 10.30 Malam
Siaran : TV9
Terbitan : Primeworks Studios
Jumlah Episod: 13

Info:
Pengalaman ketika berada di Korea dan Indonesia yang lalu telah memberi banyak pengalaman kepada Wak Doyok dan Myo sehingga mereka kini sahabat rapat berbanding pertama kali digandingkan bersama dalam Ke Korea Ke Kita?. Ini termasuklah pengalaman melaksanakan tugasan lasak serta permainan mencabar minda yang diberikan oleh pihak penerbit. Wak Doyok dan Myo akan bersaing antara satu sama lain sekali lagi dalam perjalanan mengelilingi Jepun.

Krew penerbitan Ke Jepun Ke Kita telah menghabiskan hampir 50 hari di sana untuk menyelesaikan 13 episod Ke Jepun Ke Kita? ini.

Lihatlah gelagat lucu dan aksi spontan mereka ketika menjalani rakaman dan menyelesaikan misi-misi berbeza di beberapa lokasi seperti di gunung Fuji, Pusat Budaya Islam serta Masjid Ibaraki di Osaka, Stadium Kyocera, dan Pulau Arnab yang dipanggil Okunoshima. Antara lain termasuklah Tokyo, Osaka, Tottori, Shizuoka, Yamaguchi, Gunma, Chiba, dan Hiroshima.

Selain itu mereka juga dapat mempelajari aktiviti-aktiviti kebudayaan yang sinonim dengan negara tersebut iaitu seni pertahan diri iaitu Judo dan kraf tangan yang diperbuat oleh kertas yang dipanggil origami. Antara pesta atau Keraian yang dapat dilihat semasa berada di sana adalah Pesta Hamamatsu dan juga Pesta Namahage.

‘Ke Jepun Ke Kita?’ pada kali ini turut mengundang selebriti popular sebagai tetamu khas iaitu Ruhainies, Mawar Rashid dan Ain Edruce. Mereka akan ke beberapa tempat yang menarik sekitar Osaka dan Tokyo dan jelajah bersama.

Tonton Ke Jepun Ke Kita

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13

Download Ke Jepun Ke Kita

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner