Monday, February 18, 2019

Drama Selafaz Cinta (2018) Astro Prima

Selafaz Cinta

Tajuk : Selafaz Cinta
Mula Tayangan : 27 November 2018
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 6.00pm
Siaran : Slot Tiara - Astro Prima (105) & Maya HD (135)
Terbitan : Suhan Movies & Trading
Jumlah Episod: 60

Pelakon : Saharul Ridzwan, Syatilla Melvin, Puteri Aishah, Aqasha, Fezrul Khan, Riz Amin, Sharifah Sakinah, Ikhwan, Sura Sojangi, Chacha Maembong, Luqman Hafidz, Haris Ismail, Mimi Ernida, Asyiqin Zaed, Rahhim Omar, Haleeda Mazlin, Ainin Batrisya, Alyssa Dezek, Idraki Tan

LAGU TEMA 
Tajuk : Alasan Terindah
Penyanyi: Farisha Iris
Komposer: Sharon Paul
Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamshiri

SINOPSIS SELAFAZ CINTA
Mengisahkan mengisahkan konflik rumah tangga melibatkan dilema seorang wanita bernama Jannah yang menghadapi masalah orang ketiga dalam rumahtangganya. Lebih malang lagi apabila orang ketiga tersebut merupakan adik kawan baiknya sendiri. Semuanya berubah bila Jannah secara tidak sengaja terbaca pesanan teks di telefon bimbit suaminya, Reza. Pesanan yang berbaur mesra tersebut dihantar oleh seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Snow White’. Walau bagaimanapun, Jannah tetap bersangka baik pada Reza.

Reza Ammar seorang eksekutif perniagaan di syarikat hartanah miliknya. Seorang suami yang baik, menjaga agama dan penyayang pada keluarga. Bukan jenis yang mudah tergoda dengan wanita namun kekhilafannya membuatkan Reza jatuh cinta pada Liza, seorang pramugari. Namun Reza tetap mencintai dan menyayangi Jannah dan anak mereka Shila.

Zahratul Jannah seorang pengusaha fesyen hijab, motivator. Isteri Reza ini selain cantik juga seorang muslimah yang taat. Patuh pada suami. Dulunya seorang gadis yang manja, suka bersosial dan tidak matang. Kini, menjadi seorang yang taat pada agama hasil bimbingan Reza. Setia dan percaya kepada suami namun mula meragui suaminya ketika Reza mula berubah.

Liza Lyana berkenalan dengan Reza ketika berada di satu penerbangan luar negara. Menjalinkan hubungan skandal dengan Reza. Semakin lama, Liza bukan hanya jatuh cinta kepada Reza. Namun dia semakin obses dengan Reza sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Reza.

Ustaz Fakih membesar dengan ilmu agama di luar Negara dan pulang ke Malaysia menjadi seorang Ustaz. Namun, satu konflik timbul yang mula menguji kesetiaan kepada isterinya. Ustaz Fakeh mula jatuh cinta dengan isteri orang yang selalu hadir ke kuliah agamanya. Dalam masa yang sama, Fakeh ni kasihankan wanita tersebut yang dianiyai oleh suami.

Tonton Selafaz Cinta

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28
Episod 29Episod 30Episod 31Episod 32Episod 33Episod 34Episod 35
Episod 36Episod 37Episod 38Episod 39Episod 40Episod 41Episod 42
Episod 43Episod 44Episod 45Episod 46Episod 47Episod 48Episod 49
Episod 50Episod 51Episod 52Episod 53Episod 54Episod 55Episod 56
Episod 57Episod 58Episod 59Episod 60
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner