Friday, April 3, 2020

Drama Dendam Cinta Arissa (2020) Astro Ria

Dendam Cinta Arissa

Tajuk : Dendam Cinta Arissa
Mula Tayangan : 9 Mac 2020
Masa :Setiap Isnin-Jumaat, 7.00 mlm
Siaran : Slot DramaVaganza Astro Ria
Terbitan : Radius One Sdn Bhd
Jumlah Episod: 20

Pelakon: Hisyam Hamid, Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Ruzana Ibrahim, Aidil Aziz, Shiqin Kamal, Arash Mohd, Putri Hanan, Noryati Taib, Dilla Ahmad

LAGU TEMA / OST
Hanbyul - Retak
Hadiah - AMylea
Tegas - Faradhiya
Begini Aku - Rina Lee

SINOPSIS DENDAM CINTA ARISSA
Setelah lama bercinta, Zariman akhirnya melamar Arissa untuk menjadi isterinya dan mula membuat perancangan perkahwinan. Arissa dilanda dilemma, takut sekiranya selepas dia berkahwin dan berpindah, Suraya tidak dapat menjaga nenek mereka (Saleha) dengan baik.

Sementara itu, Rafael dilanda kemelut rumahtangga apabila dia syak Diana curang dengan dia. Diana akhrinya mengaku yang dia curang dan meminta Rafael supaya lepaskan dia.

Perkahwinan Arissa dan Zariman musnah apabila Rafeal melanggar Zariman ketika Rafael mengejar isterinya Diana yang cuba melarikan anaknya Mimi. Zariman meninggal dunia dalam kemalangan tersebut, dan Arissa mengalami kemurungan yang teruk.

Zaki menjaga Arissa dan kebajikan keluarga Arissa, dalam diam masih menaruh hati pada Arissa.  Arissa terima lamaran Zaki, walaupun dia masih gusar dan tahu hatinya masih lagi pada Zariman.

Rafeael yang ingin berterus terang pula jatuh cinta dengan Arissa tanpa sengaja.
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
NEXT ARTICLE Next Post
PREVIOUS ARTICLE Previous Post
 

Delivered by FeedBurner